Saturday, July 12, 2014

Q U O T E S A B O U T L O V E (J O D O H)



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jodoh pertemuan ditangan tuhan. Itulah kata-kata yang kita sering dengar dalam cerita-cerita cinta mahupun pada mulut orang. Tetapi itulah hakikatnya, bukan sahaja jodoh malah rezeki dan tarikh ajal seseorang itu semua di tangan Allah swt.

Apa yang penting kita haruslah berdoa, bukan sahaja berdoa untuk kesejahteraan diri malah untuk orang lain atau dengan kata lain orang yang berada di sekeliling kita. 

Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,

“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.

Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap ‘sabar’ dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,

sumber: http://remy89.wordpress.com/2011/06/21/disebalik-kisah-surah-an-nahl-ayat-92-berkaitan-jodoh/

Q U O T E S A B O U T L O V E (D O A)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kadang-kadang apabila sudah lama tidak berjumpa timbul rasa rindu yang teramat sangat, cara yang paling mudah ialah kita haruslah bersemuka bagi mengurangkan rasa rindu dan cinta terhadap seseorang.

Bagaimana pula rasa cinta dan rindu itu pada orang yang tidak boleh berjumpa lagi? Bagaimana pula rasa rindu dan cinta itu pada Rasulullah saw? Doa, kita boleh merapatkan diri kita dengan berdoa tanpa perlu berjumpa mahupun bersusah payah untuk berjumpa. Jangan lupa pula kita untuk berdoa kepada Allah swt. Ada yang berkata doa ialah senjata ghaib orang mukmin. "Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa."

B A J U P E L A N G G A N (Lost Story)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rekaan baju di atas adalah daripada pelanggan kami daripada En Safuan untuk kedai bajunya. Rekaan baju di atas berharga RM 40 sahaja. 

Keterangan rekabentuk (design) :

  • Rekaan di atas berdasarkan makhluk "Big foot". Pihak kami telah mengubah warna bulunya untuk kelihatan lebih menarik. 
  • Selain itu, pihak kami telah menambah ekspresi "Big foot" tersebut dengan mood yang bersahaja. 
  • Pada corak belakang tersebut pihak kami telah menambah corak bahagian belakang badan "Big foot" tersebut.

B A J U P E L A N G G A N (Kelab Robotik)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rekaan baju di atas adalah daripada pelanggan kami daripada cikgu sekolah rendah untuk Kelab Robotik. Rekaan baju di atas berharga RM 20 sahaja.


Keterangan rekabentuk (design) :

  • Rekaan di atas menunjukkan tentang NRC yang bermaksud "National Robotic Challenge".
  • Pada bahagian belakang pulan menceritakan tentang nama kumpulan sekolah tersebut iaitu Roboteam: Intan Junior.
  • Belang merah ditambah pada kiri dan kanan bahu pada bahagian hadapan untuk menerangkan warna kumpulan tersebut.

H A R G A R E K A A N B A J U


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Para pengunjung yang berminat untuk menempah rekabentuk (design) dengan kami haruslah memastikan dahulu saiz rekabentuk (design) seperi carta di atas.

Antaranya ialah :
Saiz "S" berharga RM 20.00 sahaja, termasuklah

    • Rekabentuk (design) "F" yang kecil;
    • dan percuma rekabentuk (design) "B" yang diberi percuma
Saiz "M" berharga RM 30.00 sahaja, termasuklah

    • Rekabentuk (design) "F" yang sederhana;
    • dan percuma rekabentuk (design) "B" yang diberi percuma
Saiz "L" berharga RM 40.00 sahaja, termasuklah

    • Rekabentuk (design) "F" yang besar;
    • dan percuma rekabentuk (design) "B" yang diberi percuma

Jaminan kualiti rekabentuk (design) yang dibuat daripada pihak kami akan dipilih oleh penempah samada perlu diubah lagi mahupun ingin menukar design.

P I L I H A N W A R N A B A J U



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Untuk membuat tempahan rekaan baju, para pengunjung boleh memilih warna baju yang digemari untuk pihak kami mengubahnya mengikut rekaan kegemaran masing-masing. Harga warna baju adalah sama, tiada perbezaan harga.