Saturday, July 12, 2014

Q U O T E S A B O U T L O V E (J O D O H)



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jodoh pertemuan ditangan tuhan. Itulah kata-kata yang kita sering dengar dalam cerita-cerita cinta mahupun pada mulut orang. Tetapi itulah hakikatnya, bukan sahaja jodoh malah rezeki dan tarikh ajal seseorang itu semua di tangan Allah swt.

Apa yang penting kita haruslah berdoa, bukan sahaja berdoa untuk kesejahteraan diri malah untuk orang lain atau dengan kata lain orang yang berada di sekeliling kita. 

Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,

“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.

Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap ‘sabar’ dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,

sumber: http://remy89.wordpress.com/2011/06/21/disebalik-kisah-surah-an-nahl-ayat-92-berkaitan-jodoh/

No comments:

Post a Comment