Saturday, January 16, 2021

Penggunaan Rotan Pada Perabot Dan Barang Perhiasan; Adakah Masih Diterima?

Rotan merupakan salah satu bahan semulajadi yang mampu memberikan sumber pendapatan kepada masyarakat tempat. Rotan juga banyak digunakan dalam industri kraftangan Malaysia. Terdapat beberapa jenis rotan di Malaysia, antaranya yang paling banyak ialah rotan Manau dan rotan Sega. Kedua-dua jenis ini banyak digunakan untuk pembuatan perabot dan juga tongkat.


Bakul yang diperbuat daripada rotan.


Rotan Dan Kraftangan.

Rotan banyak dikaitankan dengan hasil kraftangan di Malaysia. Antara bahan kraftangan lain yang ada di Malaysia ialah kayu, buluh, mengkuang, pandan, bemban, tempurung dan daun serdang. Ciri-ciri rotan ialah ringan, kuat dan mudah dibentuk. Antara produk yang boleh dibuat daripada rotan ialah kerusi, meja, katil, rak, perkakasan dapur, tikar dan banyak lagi. Walaubagaimanapun industri kraftangan Malaysia tidak memberi pulangan yang agak lumayan, ini kerana kekurangan tenaga fizikal dan marketing dalam industri tersebut. Pada masa yang sama, industri ini memerlukan kemahiran yang tinggi dan kepakaran dalam menghasilkan barangan kraf ini.


Rotan Sebagai Hiasan Dalaman.

Perabot rotan juga menjadi pelengkap hiasan dalaman anda. Meletakkan rotan sebagai medium utama atau sebagai barang hiasan mampu memberikan sifat natural di ruang dalaman anda. Penggunaan barangan rotan mestilah bersesuaian dengan lokasi tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dan nampak serabut. 


Pelbagai jenis barang diperbuat daripada rotan.

  1. Lampu lantai; amat jarang sekali penggunaan rotan pada lampu lantai ini, hal ini dapat menambahkan suasan romantik. Cahaya lampu yang menembusi rotan tersebut menghasilkan corak-corak yang agak menarik.
  2. Bekas pasu rotan; hal ini menambahkan lagi sifat natural dalam ruang dalaman ruangan rumah anda.
  3. Penggunaan rotan pada dinding penghadang (wall partition) juga mampu memberi satu pengalaman yang berbeza seperti memasuki era tradisional.
  4. Selain daripada pembuatan bakul daripada rotan, penggunaan rotan pada lampu gantung (pendent light) juga memberi kesan yang berbeza.
  5. Kerusi bangku rotan juga mempunyai nilai yang berbeza, boleh diletakkan pada hujung katil, ruang tamu sebagai kerusi tambahan dan juga sebagai hiasan pada tepi dinding.

No comments:

Post a Comment