Tuesday, January 12, 2021

Permukaan Rata Pada Perabot Memainkan Peranan Utama.

Permukaan rata atau lebih dikenali sebagai "flat surface" perabot merupakan permukaan yang terdapat pada sesebuah perabot. Kebiasaanya permukaan ini terdapat pada paling atas atau paling mudah dilihat atau paling terdedah. Permukaan rata pada sesebuah perabot dapat dilihat kebanyakkannya pada rak buku, konsol media (rak TV), kabinet dapur, "kitchen island", pelbagai jenis meja, pelbagai jenis kerusi, pelbagai jenis rak dan banyak lagi.


Permukaan rata pada bangku yang menggunakan bahan seperti fabrik tidak asing lagi.


Fungsi.

Fungsi permukaan rata ini berbeza mengikut jenis perabot. Antara fungsi utama permukaan rata ini ialah untuk meletakkan sesuatu benda. Permukaan rata mempunyai pelbagai jenis bentuk, saiz, ketebalan dan rekabentuk. Permukaan rata tidak mampu untuk berada sendiri kebiasaanya disokong oleh tiang, dinding, kabel dan sebagainya.


Ciri-ciri/Elemen.

  • Mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah segi empat sama, segi empat tepat, bulat, separuh bulat bujur dan banyak lagi.
  • Disokong oleh tiang atau kaki, dinding, kabel dan banyak lagi.
  • Terdiri daripada pelbagai jenis bahan antara nya kayu, kaca, marmar, batu dan banyak lagi.

Permukaan rata yang disokong oleh dinding.

Rekabentuk Hari Ini.

Pada hari ini, rekabentuk pada permukaan rata telah berkembang mengikut trend semasa. Perubahan ini termasuklah pada segi warna, ruang, garisan, rupa, bentuk, tekstur dan saiz. Tidak dilupakan juga perubahan dapat dilihat jelas pada penggunaan bahan yang digunakan berdasarkan lokasi, jenis perabot, dan tema rekabentuk sesuatu ruang.

Bagi pihak markas sendiri, perubahan inilah yang mencorakkan lagi warna warni dalam rekabentuk sesuatu perabot. Tidak dilupakan jugak perubahan ini memberi peluang kepada peraka untuk berkarya lebih kreatif lagi. 


Sendi atau "jointing" yang digunakan pada permukaan rata.

Pada gambar di bawah, markas studio melampirkan beberapa contoh "coffee table" yang mempunyai pelbagai rekabentuk dan ciri-ciri yang tersendiri yang mampu menarik perhatian. Berdasarkan daripada gambar tersebut kita dapat menilai bahawa, rekabentuk sesuatu permukaan rata pada sesuatu perabot tidak terhad kepada bentuk segi empat atau dibiarkan kosong sahaja. Dengan teknologi sekarang ini, para pereka mampu mengembangkan lagi idea dan kreativiti bukan terhad hanya merekabentuk bentuk, warna, teknologi pada perabot tersebut tapi dengan hanya mengubah permukaan rata pada perabot tersebut mampu memberikan impak yang besar dalam sesuatu rekabentuk.

Berdasarkan gambar tersebut, kita dapat lihat, bukan hanya permukaan rata di atas sahaja yang diubah malah pada bahagian bawah juga mampu memberikan kelainan. Hal ini kerana, permukaan rata pada atas "coffee table" tersebut mempunyai fungsi utama yang lain, dan pereka perabot tersebut tidak mahu fungsi tersebut terganggu.


Beberapa contoh "coffee table" yang mempunyai rekabentuk permukaan rata yang menarik.

  1. Rekabentuk permukaan rata yang berbentuk bujur atau seperti "surfing board".
  2. Selain mengubah sifat fizikal, perubahan seperti mengubah pada fungsi permukaan rata juga mampu mengubah rekabentuk sesuatu perabot.
  3. Apa yang menarik pada permukaan rata pada perabot ini ialah ia berbentuk seperti daun pisang. Oleh itu "finish" pada permukaan tersebut pereka menggunakan "Vernier" atau "Laminate" bercorak kayu.
  4. Pada perabot tersebut, iaitu "side table" menggunakan kaedah yang agak berlainan daripada contoh lain iaitu permukaan ratanya mempunyai corak petak dan berlubang. Corak berlubang ini mempunyai fungsi yangg tersendiri selaras dengan fungsi utama meja tersebut iaitu mampu untuk menyimpan barang, jadi permukaan rata yang berlubang itu bertujuan untuk memudahkan para pengguna untuk melihat 'benda' yang terdapat pada dalam meja tersebut.

Rekabentuk permukaan rata pada hari ini memainkan peranan yang penting dalam sesebuah rekabentuk perabot. Pelbangai elemen boleh digabungkan seperti yang dinyatakan di atas. 

No comments:

Post a Comment