Thursday, January 14, 2021

Kelainan Dulang Hantaran Pada Zaman Sekarang Dari Pandangan Rekabentuk.

Pada zaman sekarang dulang hantaran amat penting pada majlis pertunangan dan majlis perkahwinan. Penggunaan dulang hantaran pada kedua majlis ini sudah menjadi kemestian dan adat orang Melayu.


Dulang hantaran yang menarik mampu menambahkan seri majlis.

Mengikut cara Islam, dulang hantaran ini tidak diperlukan malah memberi serba sedikit beban kepada para pengantin. Tetapi dulang hantaran pada zaman sekarang amat diperlukan, sekiranya tiada, majlis seperti tidak ceria, hal ini kerana proses untuk menyediakan dulang hantaran ini memerlukan beberapa orang ahli. Sepanjang proses menyiapkan dulang hantaran ini, ahli keluarga, sanak saudara atau rakan taulan akan bertungkus lumus menyiapkan dulang tersebut. Kita dapat lihat situasi ini pada aktiviti lain juga seperti merewang, ketika penyembelihan haiwan pada hari raya korban, aktiviti mengemas rumah atau di sekolah dan banyak lain. Kesimpulannya adalah, kita dapat lihat bahawa, masyarakat Malaysia secara umumnya amat menggemari aktiviti seperti gotong-royong ini.

Dalam erti kata lain, dulang hantaran ini telah menjadi satu simbolik dalam majlis pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu.


Apa Itu Dulang Hantaran?

Dulang hantaran ialah bekas atau tapak untuk meletakkan sesuatu barang hantaran pada majlis perkahwinan atau majlis pertunangan untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.


Jenis-Jenis Dulang Hantaran.

  • Tradisional

Kebiasaannya dulang ini menampakkan ciri-ciri melayu atau dengan kata lain dulang hantaran lam yang telad dimodenkan tapi masih mengekalkan identiti tradisionalnya. Bentuk dulang hantaran ini seperti penampi iaitu penampi yang digunakan untuk menampi beras.  Berwarna seperti warna-warna melayu seperti emas atau perak.

  • Moden (Terrarium)

Bentuk dulang hantaran in agak istimewa, ini kerana ia adalah sesuatu medium yang diperbuat daripada kaca, mempunyai pelbagai bentuk. Kebiasaannya dihiasi bunga-bunga pada keliling kaca tersebut. Dulang ini merupakan sebuah konsep untuk hobi tanaman hiasan yang dipanggil sebagai terrarium. Konsep tanaman hiasa terrarium ini adalah ini mewujudkan suasana alam semula jadi yang ditanam dalam bekas kaca. Penggunaan bekas kaca ini adalah untuk memudahkan para peminat hobi ini meninjau atau mengkaji tanaman tersebut.

  • Dulang Hantaran Tersembunyi (Hidden) 

Dulang hantaran jenis ini berasal daripada nenek moyang kita lagi. Antara kelebihan dulang hantaran ini adalah untuk merahsiakan hantaran tersebut kepada pasangan masing-masing.

  • Kotak Kayu/Pallet 

Dulang hantaran ini banyak kelihatan pada zaman sekarang, ini kerana diperbuat daripada kayu dan mempunyai rekabentuk yang bersahaja. Dulang hantaran ini didatangi dengan pelbagai bentuk bagi memudahkan pengguna yang menggunakannya. kebiasaannya terdapat tempat pemegang dan terdapat juga beberapa 'kaki' bagi memudahkan si pengguna memegangnya.

  • Tray/Bakul Rotan/Kotak Plastik 

Jenis dulang hantaran ini mempunyai kelebihannya tersendiri, antaranya adalah dari segi rekabentuk, penggunaan bahan, saiz dan mesra pengguna.


Dilampirkan di sini beberapa idea untuk mengubah dulang hantaran.


  1. Dulang hantaran menggunakan bekas kaca ini dinamakan sebagai konsep terrarium. Selain diletakkan barang hantaran, boleh juga diserta dengan bunga atau pokok bagi menambahkan seri dulang hantaran tersebut malah ia juga menampakkan lagi konsep terrarium.
  2. Menggabungkan konsep dulang hantaran sembunyi (hidden) dengan kotak kayu menambahkan lagi identiti pada dulang tersebut yang pasti konsep "hidden" ini telah menjadi trend pada zaman sekarang.
  3. Selain jenis-jenis dulang yang disertakan di atas tadi, bantal juga dapat dijadikan dulang hantaran yang terbaik, malah pada masa yang sama memberikan "mood comfort" pada majlis tersebut.
  4. Konsep sangkar ini agak kurang kelihatan pada majlis pertunangan dan juga majlis perkahwinan. Dengan menggunakan konsep ini akan menambahkan lagi idea "fresh" pada majlis anda.
  5. Mungkin konsep bakul ini sering digunakan pada majlis perkahwinan, tapi rekabentuk yang dinyatakan di atas belum lagi digunakan. Pengubahan dulang hantaran dapat menambahkan bunga-bunga bagi menampakan sifat semulajadi pada bakul tersebut.

Penggunaan dulang hantaran pada mana-mana majlis amat diperlukan pada zaman sekarang ini. Beberapa idea yang menarik dan juga "fresh" dapat dilihat pada hari ini. 

No comments:

Post a Comment