Saturday, January 16, 2021

Rak Pasu; Trend Terbaru Yang Mampu Mengubahkan Ruang Dalaman Rumah Anda.

Pada zaman sekarang ini terdapat beberapa perabot baru yang muncul, ada diantaranya ada yang datang dengan satu perabot yang baru, ada membuat kemunculan kembali setelah dilupakan lama, yang telah dinaikkan taraf dan ada pula hasil gabungan antara dua perabot atau tiga perabot yang berbeza menjadi satu perabot yang baru. Hal ini dapat memeriahkan industri perabot di serata dunia.

Rak kebiasaannya digunakan di dalam rumah, pejabat, stor atau dimana-mana sahaja yang bersesuaian dengan ruang tersebut. Kegunaan rak kebiasaannya digunakan sebagai tempat untuk meletakkan sesuatu antaranya adalah, untuk meletakkan barangan perhiasan, barang bertulis, buku-buku barangan dapur dan sebagainya. Kita dapat lihat perubahan rak pada bahan gunaannya iaitu menggunakan pelbagai jenis kayu, simen (cement), besi, fabrik dan pebagai lagi. Selain itu, rak juga datang pelbagai jenis dan rekaan, ada yang berdiri sendiri (stand alone), gantung di syiling, bersandar di dinding dan ada jugak yang bergabung dengan perabot lain.


Rak Dan Pasu.

'Trend' ini telah lama berada dalam pasaran barat, dan pada beberapa tahun kebelakang ini barulah kita lihat rak pasu ini masuk ke dalam pasaran negara kita. Bagi yang mendengar mengenai rak pasu ini sebenarnya adalah tempat untuk letak pasu seperti rak buku. Didatangi dengan pelbagai bentuk, adalah yang tinggi, redah, rak gantung dan ada juga yang berada pada sudut dinding rumah.

Kebiasaannya kita dapat lihat rak pasu ini pada luar rumah, ini kerana proses untuk menjaga pokok atau tanaman itu agak sukar dapat cerewet. Oleh itu rak pasu ini hanya terdapat pada luar rumah sahaja. Pada zaman sekarang ini, rak pasu ini telah mengalami perubahan terutamanya pada fungsi dan rekabentuk. Kedua-dua ciri yang telah dinaik taraf ini telah menarik ramai pembeli dan mengubah cara menggunakannya. Hal ini juga telah mengubah tingkah laku para pembeli iaitu meletakkan rak pasu bungaitu di dalam rumah.


Rak pasu yang diperbuat daripada kayu.


'Stand' Pasu.

Stand pasu ini hampir sama dengan rak pasu, iaitu sebagai tempat letak pasu juga. Perbezaannya ada pada rekabentuk, stand pasu hanya untuk satu atau beberapa pasu sahaja, manakala rak pasu boleh diletak kan beberapa pasu dan sesetengah rak pasu itu mempunyai tingkat-tingkat untuk diletakkan banyak pasu.


Stand pasu yang dibuat daripada rotan dan dinaikkan ketinggiannya.


Sarung Pasu.

Rekabentuk pada pasu adalah sangat biasa, sekiranya pasu yang mempunyai rekabentuk yang menarik harganya agak mahal. Oleh itu, lahirnya sarung pasu ini, tujuannya adalah untuk menyarung pasu tersebut bagi menutup pasu tersebut dan dapat menahan air yang keluar daripada bawah pasu tersebut. Terdapat juga dalam bentuk fabrik dan juga rotan.


Sarung pasu yang diperbuat daripada gabus.

Beberapa rekabentuk terkini dan "fresh".

  1. Stand pasu yang agak bersahaja dengan menggunakan besi sebagai kaki untuk menahan pasu tersebut.
  2. Masih mengekalkan rekabentuk bersahaja tatpi pada kali ini menggunakan dua bahan iaitu, besi dan kayu. Tanpa menggunakan sambungan (jointing) yang rumit mampu mengekalkan mood minimal sesuatu ruang dalaman.
  3. Dengan menambahkan elemen pencahayaan pada rak pasu dapat memberikan mood yang berbeza terutamanya pada waktu malam. Penggunaan kayu yang tidak bercorak (grain) dapat mengekalkan gaya minimal pada rak tersebut.
  4. Ini adalah satu contoh gabungan antara dua perabot, iaitu rak pasu dengan rak buku. 
  5. Rak pasu ini menggunakan bahan lain selain daripada kayu iaitu besi bagi mengukuhkan kekuatan rak tersebut. Kebiasaannya besi diwarnakan dengan warna hitam, pada kali ini menggunakan warna emas bagi menampakkan eksklusif sesuatu perabot.

No comments:

Post a Comment