Sunday, January 17, 2021

Dinding Penghadang (Wall Partition); Semakin Lama Semakin Dilupakan.

Saban hari, perkembangan industri perabot identiti negara semakin berkurang. Adakah ekonomi negara makin merosot menyebatkan masyarat setempat kurang berminat untuk membeli barangan perabot tempatan? Adakah masyarakat kita sendiri yang lebih berminat dengan syarikat-syarikat negara luar? Adakah harga perabot hasil tempatan yang agak tinggi? 

Permasalahan ini berlaku menyebabkan beberapa perabot tempatan yang sudah lama berada di masyarakat kita makin kurang mendapat sambutan. Salah satu perabot tersebut adalah dinding penghadang. Kalau kita lihat sejarah perabot ini, ia berasal daripada pembawakan penjajah ke negara kita. Jikalau kita beruntung, dinding penghadang ini kita boleh lihat pada rumah datuk nenek moyang kita, atau dengan kata lain rumah kampung yang lama.


Dinding penghadang yang diperbuat daripada buluh.


Fungsi & Ciri-Ciri

Mempunyai dinding penghadang ini boleh digerakkan atau di alihkan tempatnya. Mempunyai beberapa dinding (panel), kebanyakkannya tiga, empat dan lima panel dan ada juga yang bergerak sendiri (stand alone) Fungsi utama dinding ini adalah untuk mengasingkan sesuatu ruang buat sementara waktu. Sekiranya ruang tersebut agak besar, kita boleh menggunakan dinding ini untuk dibahagikan kepada dua bahagian. Antara fungsi lain adalah, dijadikan tempat untuk memakai pakaian. Dinding penghadang ini boleh juga digunakan sebagai tempat untuk mengantungkan atau meletakkan barang bergantung kepada bentuk atau ciri-ciri yang ada pada sesuatu dinding penghadang tersebut.  Selain daripada berada dirumah, kita boleh lihat dinding penghadang ini pada pejabat, hotel, hospital, restoran atau kafe, pasar raya dan banyak lagi.

Pelbagai bahan boleh digunakan untuk membuat dinding penghadang ini. Antaranya ialah, kayu, rotan, buluh, fabrik, besi, kaca, marma dan banyak lagi. Terdapat banyak versi atau jenis dinding penghadang ini, antaranya lah yang boleh dilipat dan disimpan, digantung pada syiling, permukaan separuh tembus dan banyak lagi.


Kepelbagaian jenis dinding penghadang.

  1. Walaupun mempunyai dua panel sahaja dan mempunyai bentuk yang kecil, tapi keunikan yang ada pada dinding penghadang ini adalah penggunaan bahan iaitu fabrik yang dicorak dengan agak cantik sekali.
  2. Bahan yang digunakan pada kali ini juga menggunakan fabrik tetapi digunakan secara menyeluruh dan apa yang pasti dinding boleh dilipat dan disimpan.
  3. kebiasaannya kita dapat lihat dinding pengahdang ini pada pusat membeli-belah. Kita dapat lihat di sini fungsi lainnya adalah boleh digantung produk lain, dalam erti kata lain boleh digunakan sebagai paparan (display).
  4. Dinding penghadang ini mempunyai ciri istimewa yang lain iaitu boleh begerak secara 360 darjah.
  5. Penggunaan bahan yang separuh tembus cahaya ini memberikan suasana yang berbeza.

No comments:

Post a Comment